BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)
1) Teks
asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.
Terjemahan
Melayu: Apabila seseorang marah kepada kamu, tetaplah tersenyum dan memohon
maaf kepadanya.
Bukti:
- “ Anak ibu
baik. Anak ibu rajin. Mari tolong ibu.,” kata ibu sambal memegang penyapu dan
memegang batang penyapu bersama Alim. “ Begini, perlahan-lahan ya!,” bisik ibu
perlahan. ( Cerita Sosial 3: Keluarga Saya: Hlm 25: 10).
2) Teks
asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that
it will go away soon. Time heals.
Terjemahan
Melayu: Apabila kamu berada di tahap terendah dalam kehidupan kamu, ingatkan
diri kamu bahawa ia akan segera berlalu dan masa akan mengubatinya.
Bukti:
- “Abang
tidak sihat, adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim. Abang dan
kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis. (Cerita
Sosial 5: Jiran: Hlm 27: 12).
3) Teks
asal: Always be kind to others.
Terjemahan
Melayu: Sentiasalah bersikap baik kepada orang lain.
Bukti:
- “ Mak Cik
Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman,” kata
Mak Cik Timah sambal memandang kea rah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya
( Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa: Hlm 24 : 8) .
4) Teks asal:
Love and care for yourself first before you tend to love and care for others.
Terjemahan
Melayu: Sayangi dan jaga diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu menyayangi orang
lain.
Bukti:
- “ Saya
sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain. ( Cerita
sosial 3: Keluarga Saya: Hlm 25: 13).
5) Teks
asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.
Terjemahan
Melayu: Sentiasalah berkata tentang perkara yang baik dan anda akan menemui
kebahagiaan dalam hidup.
Bukti:
- “ Alim anak yang baik dan rajin,”
sebut ibu sambil memegang bahu Alim.
( Cerita Sosial 3: Keluarga Saya: Hlm 25: 3)
6) Teks
asal: I will not judge you. I am just a normal person.
Terjemahan
Melayu: Saya tidak akan menilai anda. Saya juga orang biasa.
Bukti:
-
“Alim suka sulaiman. Sulaiman kawan Alim,” kata Alim
lagi sambil melambai kea rah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. (Cerita
Sosial 2: Saya yang Istimewa: Hlm 24:9)
7) Teks
asal: To me, you are the most precious person in the world.
Terjemahan
Melayu: Bagi saya, awaklah yang paling berharga.
Bukti:
-
Alim suka cikgu Anis. Cikgu Anis baik hati. Cikgu Anis
selalu mengajar Alim di kelas. Alim mahu menjadi seorang guru seperti Cikgu
Anis. (Cerita Sosial 4: Hati: Hlm 27:1)
8) Teks
asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you..
Terjemahan
Melayu: Apabila aku melihatmu, aku akan tersenyum. Cintaku akan sentiasa
bersamamu.
Bukti:
-
Ibu memerhatikan Alim sambal tersenyum. Ibu tahu Alim
akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri.
Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai
kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa
bersalaman dengan bapa, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai
mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu bangga denga Alim. Ibu tahu Alim boleh
berdikari. (Cerita Sosial 4: Hati: Hlm 26:6)
9) Teks
asal: Kindness will speak the truth.
Terjemahan
Melayu: Kebaikan akan membuktikan kebenaran.
Bukti:
-
Alim seorang yang pemurah. Dia selalu berkongsi apa
yang dia ada dengan Sulaiman. Sulaiman juga pemurah. Kadang-kadang dia akan
berkongsi coklat yang dibelinya dengan Alim. (Cerita Sosial 5:Jiran: Hlm 27:7)
10) Teks
asal: Be a better person today and you will find happiness.
Terjemahan
Melayu: Jadilah orang yang lebih baik hari ini dan kamu akan merasa bahagia.
Bukti:
-
Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di
rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk
menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim
belajar untuk menolong adik perempuan di rumah. (Cerita Sosial 2: Keluarga
Saya: Hlm 25:12)
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Qoutes For You...Us... Terengganu: Penerbit UMT.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Kehadiran Minggu 9:
No comments:
Post a Comment