Sunday, January 24, 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera!

Assalamualaikum juga kepada Prof. Dr Normaliza,



Dalam post yang terakhir ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya sepanjang mengambil dan menghadiri kursus ini. Kursus BBN3402 iaitu subjek Penterjemahan berbantukan komputer. Dengar sahaja nama subjek, dah dapat gambarkan bagaimana susahnya untuk mempelajarinya. Tetapi, dengan gigih, saya mencabar diri saya untuk mencuba dan sekaligus mengumpul pengalaman menggunakan teknologi mesin terjemahan yang semakin canggih. Saya sedar akan kelebihan dan betapa berharganya pengalaman dan ilmu mengenai komputer ini. Oleh sebab itu, saya mendaftar kursus ini pada semester terakhir saya iaitu semester 7 ini.

    Seperti yang semua pelajar di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah maklum, Terdapat seorang pensyarah Linguistik yang sangat tegas dan garang (dengar cerita dari senior-senior). Nama yang tidak asing lagi iaitu Prof. Dr Normaliza Abdul Rahim ialah pensyarah rasmi bagi subjek BBN3402 ini. Waktu nak daftar kursus tu dah rasa cuak, siap buat solat sunat istikharah lagi :) Hehehe. Sebab senior-senior yang pernah buat projek ilmiah dengan prof  pernah cerita betapa tegas dan perfectionist-nya beliau. 

    Selepas berjaya mendaftar subjek ini, saya sentiasa berdoa supaya saya tak akan gagal subjek ini kerana ini merupakan semester terakhir saya sebagai pelajar degree. Takut-takut kalau gagal kang kena repeat semula semester depan.. Hehehhee :) 

    Pada bulan Oktober 2020 yang lalu, tibalah satu hari yang sangat mendebarkan iaitu pada Hari Isnin, pukul 8 pagi. Saya ketika itu telah mula bekerja di sebuah syarikat swasta yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang. Jarak rumah saya dengan tempat kerja hampir satu jam 15 minit. Selepas saya "Punch card" , terus terburu-buru buka aplikasi google meet di telefon bimbit kerana risau terlewat masuk ke kelas Prof. Saya ingat lagi, saya daftar masuk ke aplikasi itu pada pukul 8.02 pagi dan Prof telah pun memulakan kelas. Saya juga telah ketinggalan beberapa point yang Prof telah maklumkan tepat pukul 8 pagi tadi. Betapa takutnya saya masa itu, terus terbeliak mata dan fokus sehingga kelas berakhir 

    Setiap kali selesai kelas secara atas talian tersebut, prof akan berikan tugasan individu dan tugasan berkumpulan. "Due date" nya pula tak seperti yang diharapkan :) Bayangkan pukul 8.30 pagi Prof bagi kerja yang bertimbun itu, sebelum pukul 3 petang dah kena hantar gaisss.. Lagi sekali mata saya terbeliak. Hati berdegup kencang kerana risau tidak dapat submit sebelum masa yang ditetapkan. 

    Minggu pertama sehingga minggu ke-7 merupakan minggu yang paling genting dan sangat-sangat memenatkan kerana semua subjek terdapat esaimen yang due datenya hampir sama. Namun, kerja Prof tak pernah di skip yaaa... Kami sekelas patuh akan arahan. Walaupun kadang-kala mulut kami merungut, tapi satu benda yang paling utama yang kami belajar dalam kelas Prof Dr. Normaliza ialah REDHA. ya Redha ! Kita semua kena redha dengan segala ketentuan ini! Walaupun kita mengeluh,, tangan tetap kena jalan gaisss... Kerana Allah dah janji, "Man jadda, Wa jada" yang bermaksud, siapa yang berusaha, dia akan dapat. 

    Biarlah otak kita letih atau mulut kita merungut, tetapi kerja perlu sistematik dan perlu siap dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Itulah perkara yang berharga yang dipelajari dalam kelas Prof. Ingatlah, segala sesuatu yang berada dalam dunia ini kalau kita nak, kita kena usaha.. Kalau sekadar omong kosong atau merungut saja, pasti kita takkan dapat satu kejayaan pun. 

    Apa yang saya hendak sampaikan sebenarnya ialah kita perlu berdisiplin. Ya, kelas Prof ni mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang berdisiplin! Selain itu juga, saya belajar untuk menhormati orang lain. Bukan sahaja menghormati pelajar lain, tetapi yang paling penting, hormatlah pengajar anda kerana segala ilmu yang beliau curahkan, kita akan guna sehingga mati. Kita akan bawa pahalanya hingga ke syurga kelak. Menapati masa ! 

    Ya, menepati masa. Waktu bermulanya kelas tepat pada pukul 8 pagi setiap hari Isnin. Jadi, bermula pukul 7.55 pagi, pelajar akan mula menghantar "request" untuk join kelas Prof sama ada di aplikasi "Zoom" atau "google meet" kerana tepat pukul 8 pagi, kelas akan terus bermula tanpa menunggu siapa-siapa pun. 

    Itulah apa yang saya pelajari dari kelas BBN3402. Terima kasih atas segala ilmu dan jasa yang telah Prof curahkan pada kami semua. Halalkan makan minum kami yaa :) Eh,, halalkan ilmu kami yaa.. 


    Terima kasih, Prof.


yang menulis, 

Qhuraishah



SENARAI TAJUK BLOG 💣

BBN3402SATU2020:MINGGU1 EXCEL

 

BBN3402SATU2020:MINGGU2 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU2 CERITA SOSIAL

 

BBN3402SATU2020:MINGGU3 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU3 PUISI

 

BBN3402SATU2020:MINGGU4 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU4 ALIM

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1

 

BBN3402SATU2020:MINGGU5 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL EDITED

BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL CLEAN

 

BBN3402SATU2020:MINGGU6 PROF DI UK

BBN3402SATU2020:MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020:MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020:MINGGU6 TESIS

 

BBN3402SATU2020:MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020:MINGGU7 EXCEL

 

BBN3402SATU2020:MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020:MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020:MINGGU8 TESIS

 

BBN3402SATU2020:MINGGU9 QUOTATION(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020:MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020:MINGGU9 WACANA

 

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(1)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 QUOTATION(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

 

BBN3402SATU2020:MINGGU11 QUOTATION(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 HURAIAN TESIS

BBN3402SATU2020:MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13) 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Assalamualaikum juga kepada Prof. Dr No...