Friday, December 25, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA

 BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA


Keluarga

 

Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula dari pagi

Sehingga malam nanti

 

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai

 

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teks Terjemahan

 

Family

 

I feel satisfied

Helping my parents every day

Starting from the morning

Until tonight

 

Dear parents

I remain careful

Maintain good manners

My beloved family

 

I love mom and dad

Brother, sister, and siblings

They are all there together

When I need them


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.





KEHADIRAN MINGGU 9:



BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

 

BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK


QHURAISHAH BINTI ZULKIFLE  193777


Kindness will speak the truth.

Kebaikan akan membuktikan kebenaran

-         Kerengga ialah seekor binatang yang pemurah. Dia selalu berkongsi apa yang dia ada dengan kawan baiknya iaitu semut api dan semut hitam. Disebabkan sikap kerengga yang sangat pemurah, semut api dan semut hitam juga terikut menjadi pemurah. Kadang-kadang mereka akan berkongsi makanan dan tempat permainan dengan binatang-binatang lain di kawasan itu. Mereka juga selalu membantu binatang lain untuk membuat sesuatu. Sikap pemurah ini sangat memberi kesan yang baik untuk setiap orang. (70 patah perkataan)


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You...For Us...Terengganu: Penerbit UMT.




Kehadiran Minggu 9: 







BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

 BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1


Jangan lupa !

Penulisan Pengenalan

1.     Penulisan pengenalan haruslah ringkas dan padat.

2.     Satu perenggan sahaja.

3.     Jelaskan apa yang terdapat dalam bab ini.

4.     Huraian ringkas tentang kajian yang dilakukan.

5.     Tidak menyentuh tentang latar belakang kajian.

 

Do not forget !

Introductory Writing

1. Introductory writing should be concise.

2. Only in one paragraph.

3. Explain what is contained in this chapter.

4. Brief description of the study conducted.

5. Does not touch on the background of the study.

 

Jangan lupa !

Penulisan Latar Belakang Kajian/Sejarah/Asal Usul

1.     Sejarah asal usul tentang kajian yang dijalankan.

2.     Rujukan yang menyokong pernyataan (minimum lima rujukan)

3.     Penanda wacana yang sesuai supaya lebih kearah penulisan akademik.

4.     Lebih kurang dalam 3-5 halaman.

 

Do not forget !

Writing Background Study / History / Origin

1. History of the origin of the study conducted.

2. References that support the statement (minimum of five references).

3. Use an appropriate discourse markers to be more towards academic writing.

4. About 3-5 pages.

 

Jangan lupa !

Penulisan Permasalahan Kajian

1.     Jumlah perenggan mengikut jumlah objektif kajian (minimum satu perenggan untuk satu objektif). Contoh, perenggan satu terdiri daripada kajian yang mempunyai jurang penyelidikan. Minimum dua atau tiga rujukan dan di akhir perenggan pelajar harus mengaitkan dengan kajian yang akan dilakukan.

 

2.     Permasalahan kajian boleh merujuk bahan seperti akhbar (pernyataan Menteri ataupun pakar), majalah (Dewan Bahasa dan Pustaka), majalah berbentuk akademik, artikal dalam jurnal berbentuk kajian, apa juga tulisan yang didokumentasikan dan buku akademik.

 

3.     Tidak boleh merujuk bahan seperti majalah hiburan, pendapat sendiri, akhbar yang tiada kesahihan berita dan apa jua pernyataan yang tidak didokumentasikan.

 

4.     Penjelasan pernyataan masalah perlu jelas dan tepat.

5.     Mengenal pasti jurang dalam kajian.

6.     Pernyataan masalah seharusnya kenyataan yang menampakkan jurang penyelidikan serta berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan.

 

7.     Rujukan pernyataan masalah seharusnya daripada rujukan lima tahun kebelakang.

 

Do not forget !

Writing Research Problems

1.     Number of paragraphs according to the total objectives of the study (minimum one paragraph for one objective). For example, paragraph one consists of a study that has a research gap. A minimum of two or three references and at the end of the paragraph, students should relate with the study to be done.

 

2.     Research problems can refer to materials such as newspapers (Minister or expert statement), magazines (Dewan Bahasa dan Pustaka), academic magazines, articles in study journals, any documented writing and academic books.

 

3.     Can not refer to materials such as entertainment magazines, personal opinions, newspapers that have no validity of the news and any statements that are not documented.

 

4.     The explanation of the problem statement should be clear and accurate.

5.     Identify gaps in the study.

6.     Problem statement should be a statement that shows the research gap as well as related to the study to be done.

 

7.     The problem statement reference should be from a reference five years ago.

 

 

Jangan lupa !

Penulisan Persoalan Kajian

1.     Persoalan kajian ditulis dalam bentuk poin.

2.     Persoalan kajian ditulis dalam bentuk soalan.

3.     Letakkan tanda soal di akhir ayat.

4.     Jelas dan tepat.

5.     Bertitik tolak daripada pernyataan masalah.

6.     Berkait rapat dengan objektif kajian.

7.     Berkait rapat dengan tajuk tesis.

 

Do not forget !

Writing Research Questions

1. Research question is written in the form of points.

2. Research questions are written in the form of questions.

3. Put a question mark at the end of the sentences.

4. Clear and precise.

5. Subtract points from the problem statement.

6. Closely related to the objectives of the study.

7. Closely related to the title of the thesis.

 

Jangan lupa !

Penulisan Objektif Kajian

1.     Berkait rapat dengan persoalan kajian.

2.     Berkait rapat dengan permasalahan kajian.

3.     Berkait rapat dengan tajuk tesis.

4.     Menggunakan domain pembelajaran Taksonomi Bloom (1956) sebagai perkataan pertama.

 

5.     Memastikan domain yang dipilih daripada senang kepada sukar (mengikut Tahap Bloom).

 

6.     Tidak boleh terlalu Panjang sehingga mengelirukan.

 

Do not forget !

Writing Objectives of the Study

1. Closely related to the research questions.

2. Closely related to the research problems.

3. Closely related to the title of the thesis.

4. Using the learning domain of Bloom's Taxonomy (1956) as the first word.

5. Ensure the selected domain from easy to difficult (according to Bloom Level).

6. Cannot be too long and confusing.

 

 

 

Jangan lupa!

Penulisan Kepentingan Kajian

1. Pilih kepentingan kajian yang bersesuaian dengan kajian.

2. Pilih sama ada dalam bentuk poin atau perenggan.

3. Jelaskan setiap kepentingan dalam minimum 10 ayat.

4. Bahagian ini tidak memerlukan rujukan.

5. Kepentingan kajian minimum tiga.

6. Kepentingan kajian maksimum lima.

 

Do not forget!

Writing the Importance of the Study

1. Select the importance of the study that suits to the study.

2. Select either in the form of a point or a paragraph.

3. Explain each importance in a minimum of 10 sentences.

4. This section does not require reference.

5. The importance of a minimum study of three.

6. The importance of a maximum study of five

 

 

 

 

Jangan lupa!

Penulisan Batasan Kajian

1. Jelaskan batasan bagi setiap satu.

2. Sertakan justifikasi bagi setiap satu.

3. Batasan pemilihan sampel (jika ada).

4. Batasan pemilihan instrument (jika ada).

5. Batasan pemilihan bahan (jika ada).

6. Batasan pemilihan teori (jika ada).

 

Do not forget!

Writing the Limitations of the Study

1. Explain the limitations for each.

2. Include justification for each.

3. Sample selection limitation (if any).

4. Instrument selection limitation (if any).

5. Material selection limitation (if any).

6. Limitations on the selection of theory (if any).

 

 

 

 

Jangan lupa!

Penulisan Definisi Operasional

1. Pilih frasa atau perkataan yang berkait rapat dengan tajuk dan kajian.

2. Pemilihan definisi berkait rapat dengan kajian walaupun tiada dalam tajuk

    tesis.

 

3. Jangan beri definisi perkataan seperti kamus.

4. Rujukan tidak wajib dalam bahagian ini.

 

Do not forget!

Operational Definition Writing

1. Select a phrase or word that is closely related to the title and study.

2. The selection of definitions is closely related to the study although not in the

     thesis title.

3. Do not give the definitions of words such as dictionaries.

4. Non-compulsory references in this section.

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan lupa!

Penulisan Organisasi Kajian

1. Penulisan organisasi kajian tidak boleh sama dengan pengenalan bab.

2. Jelaskan dengan tepat dan terperinci.

3. Susunan organisasi seharusnya boleh difahami dengan mudah.

4. Setiap bab perenggan yang baharu.

 

Do not forget!

Writing of the Study Organization

1. The writing of the study organization cannot be the same as the introduction

    of the chapter.

2. Explain accurately and detailed.

3. Organisational arrangement should be easily understood.

4. Each new paragraph chapter.

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan lupa!

Penulisan Kesimpulan

1. Simpulkan bab ini dengan menggunakan ayat yang berbeza dengan

    pengenalan bab.

2. Tidak boleh meniru ayat dalam bahagian pengenalan.

3. Bahagian ini perlu dikupas dengan ringkas.

4. Di akhir ayat perlu disertakan apa yang terkandung dalam bab seterusnya.

 

Do not forget!

Writing Conclusions

1. Conclude this chapter by using different sentences with the introduction of a

     chapter.

2. Cannot imitate sentences in the introduction section.

3. This part should be done briefly.

4. At the end of the sentence should be included what is contained in the next

    chapter.



Kehadiran Minggu 9:



BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Assalamualaikum juga kepada Prof. Dr No...