Friday, April 19, 2019

CHEESEKUT QHU ❤🌻

Cerita Cheesekut qhuuu 😊

Disebabkan saya suka sangat makan kek keju, jadi saya sangat berminat apabila resipi 'cheesekut' berkeliaran di laman sosial. Cheesekut ni umpama kek keju yang diolah resipinya dengan menggunakan bahan yang lebih murah dan berpatutan. Sesuai untuk pelajar atau siapa yang gemarkan keju tetapi mahu berjimat.

Jika sebiji kek keju berharga RM80 ringgit, maka sebiji 'cheesekut' ternyata lebih murah daripadanya.. Hanya boleh didapati dengan separuh harga kek keju.

Jadi, marilah kita tengok apakah bahan-bahan rahsia didalam cheesekut yang sedap itu ❤

BAHAN-BAHANNYA :

1) KRIM KEJU (jenama beqa)
2) SUSU PEKAT (saya guna jenama Marigold)
3) susu cair (jenama Marigold juga)
4) Biskut segi empat ( Haa, inilah rahsianya)

PERALATAN :
1) MIXER
2) SUDU
3) MANGKUK
4) BEKAS YANG ADA PENUTUP

CARA-CARANYA :
1) PUTAR SUSU BERSAMA DENGAN KRIM KEJU TADI SAMPAI SEBATI. ASINGKAN.

2) CELUPKAN BISKUT TADI KE DALAM SUSU DAN BIAR DIA MERESAP SEKETIKA.

3) MASUKKAN BISKUT TADI KE DALAM BEKAS, LAPISKAN DENGAN KRIM KEJU YANG TELAH DI PUTAR TADI.

4) ULANG LANGKAH 2 HINGGA 3 SEHINGGA PENUH BEKAS TADI DAN TUTUP.

5) SEJUKKAN DI DALAM PETI AIS SELAMA 3 JAM. DAN CHEESEKUT SEDIA UNTUK DIMAKAN 😊😊😊



Inilah hasil yang saya dah buat. Saya jual dengan har RM4.50 sebekas. 

Memang tidak menguntungkan kerana harga krim keju itu mahal, tetapi saya gembira kerana saya dapat berkongsi kesedapan 'cheesekut' ini dengan semua orang . 

Itu sahaja resipinya... Tapi hasilnya sangat menyelerakan.. Baunya saja dapat menambat hati saya dan tentu sekali hati kalian ❤❤❤❤

Selamat mencuba 👍👍👍

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Assalamualaikum juga kepada Prof. Dr No...