Sunday, February 17, 2019

Pengalaman pertama 😊

Setiap orang mempunyai pengalaman pertama kerana sesuatu tindakan itu tak akan berlaku jika tidak ada pengalaman pertama. Jika tidak wujud pengalaman pertama, maknanya anda tidak melakukan suatu itu. Sebagai seorang manusia biasa, saya juga mempunyai pengalaman pertama. Terdapat banyak pengalaman pertama saya, tapi saya cuma nak ceritakan kepada anda pengalaman saya pergi ke Pulau Pinang.

Saya ialah anak kelahiran Pulau Pinang, tetapi tidak pernah pergi bersiar-siar, makan angin di Pulau Pinang ataupun orang sana panggil 'Pulau'. Saya orang Butterworth, jadi kalau nak ke sana kena naik feri atau jambatan Pulau Pinang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit dari rumah saya.

Rumah saya berada di sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah. Tempoh perjalanan dari rumah saya ke Kedah hanya 15 minit, jadi kami selalunya pergi ke Kedah sahaja untuk membeli barang keperluan ataupun bersiar-siar.

Pada cuti semester yang lalu, saya bersama 3 orang sepupu saya iaitu Ain Hayati, Amalina dan Asyifa bercadang untuk pergi bersiar-siar ke Penang dengan menaiki feri. Jadi, kami menetapkan tarikh untuk pergi adalah pada 19/2/2019 (Sabtu).

19/2/2019

Saya memulakan perjalanan bersama Ain yang tinggal berhampiran rumah saya. Kami dihantar oleh ibunya ke stesen KTM Tasek Gelugor. Kami menaiki KTM (keretaApi Tanah Melayu) dari stesen Tasek Gelugor pada pukul 9 pagi dan sampai di stesen KTM Butterworth pada lebih kurang pukul 9.20 pagi. Kami berjalan di lorong yang disediakan pihak KTM untuk ke Penang Sentral iaitu tempat untuk kami menunggu feri. Manakala, 2 orang lagi sepupu saya iaitu Amalina dan Asyifa dihantar oleh bapa mereka terus ke Penang Sentral untuk menaiki feri. Nasib kami sangat baik apabila kami tiba di kaunter tiket, petugas itu memaklumkan bahawa lagi 5 minit, feri akan memulakan perjalanannya. Jadi, kami terus masuk dan mengambil tempat didalam feri sambil menunggu feri memulakan perjalanannya. Sementara di dalam feri, kami sempat mengambil gambar dan merakam video perjalanan untuk dijadikan kenangan pertama kami.


Lebih kurang 12 minit kemudian, kami tiba ke destinasi kami iaitu di Pulau Pinang atau kami panggil 'Pulau'. Kami sudah bersiap sedia untuk memulakan perjalanan. Kami bercadang untuk bergerak dengan berjalan kaki sahaja keliling Tanjung kerana ingin jimatkan kos pengangkutan. Jika kami menaiki grab atau bas Rapid, pasti kosnya meningkat. Kami pun berjalan kaki dengan berbekalkan google map di smartphone.



  Destinasi pertama kami ialah di Street Art. Bukan satu tempat, tapi ianya berada di banyak kawasan sekitar pulau. Jadi kami nerjalan mengikut map yang diberi oleh penjaga di situ. Semasa dalam perjalanan ke situ, kami nampak ada banyak bas yang rupanya sama seperti bas rapid, tetapi warnanya hijau dan tertera tulis C.A.T dan Free Bus. Jadi, kami berhasrat untuk menaiki bas percuma itu.




 Selepas kami jalan di beberapa kawasan Street Art, kami jumpa deretan kedai yang menjual ais kepal. Selalunya hanya tengok dalam gambar dan vlog orang. Harini, Alhamdulillah kami dapat merasainya sendiri. Harga RM3 (kami kongsi 2 orang)  sebab rasanya terlalu manis. Disarankan supaya anda membawa air mineral.



Selepas itu, kami berjalan-jalan di kawasan Little India Street dan merentasinya untuk ke Padang Kota Lama. Sampai sahaja dia Padang Kota, saya dan Ain makan laksa kerana kegemaran kami. Manakala Amalina dan Asyifa makan Char Kuey Teow kerana ramai yang cakap ianya sedap. Jadi, mereka hendak mencuba 😊




  Selesai sahaja makan, kami tunggu saja bas didepan Padang Kota. Kami naik bas tersebut sehingga ke jeti semula (disitu stesen utama bas). Kami naik satu lagi bas yang baru hendak memulakan perjalanannya (bas ni sentiasa ada di stesen, seseiapa pun boleh naik. Kita boleh turun dimana-mana stesen. Ada satu LCD didalam bas yang memaparkan stesen-stesen yang bas akan berhenti)

Kami memilih untuk turun dia One Avenue Mall dan solat didalam surau pasaraya itu. Seterusnya kami bersiar-soar didalam mall tu. Kata Ain dan Intan, mereka nak sejukkan badan dengan aircond pasaraya tersebut dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Pada pukul 3.30 petang, kami tunggu bas di stesen bas berhadapan dengan pasaraya tersebut. Kami menaiki bas tersebut hingga ke jeti (iaitu stesen terakhir bas tersebut)

Seterusnya, kami berjalan ke jeti-jeti kecil di kawasan perkampungan kaum cina iaitu perkampungan terapung. Kami pergi ke beberapa jeti kecil untuk mengambil gambar permandang di atas jeti tersebut. Subahanallah, permandangannya sungguh indah. Lautan yang luas dan nampak permandangan bangunan-bangunan dia Tanah Besar Pulau Pinang.






  Akhirnya pada pukul 4.45 petang, kaki kami sudah sakit dan Amalina sudah ajak oulang kerana kami belum menunaikan solat Asar. Kami bercadang untuk solat didalam Penang Sentral apabila sampai di Tanah Besar nanti.

  Kami naik feri pada pukul 5.15 petang, kelihatan Ain, Intan dan Amalina sangat letih. Kami hanya duduk di lantai feri kerana terlalu ramai orang didalam feri dan tempat duduk sudah penuh. Sampai sahaja di Penang Sentral, kami solat dan selepas itu terus menunggu bas Rapid untuk pulang ke kampung kami yang terletak Sungai Dua, Butterworth.

  Pengalaman pertama Amalina dan Asyifa naik bas Rapid. Mereka sangat teruja dan mengambil gambar ketika didalam bas untuk ditunjuk kepada ibu mereka 😊

Kami sampai dirumah bersamaan azan maghrib dan kami menunaikan solat maghrib dia rumah Amalina dan Asyifa sementara menunggu abang Ain datang
untuk menghantar saya pulang ke rumah.

  Pengalaman pertama saya yang sangat indah. Saya dapat mengambil banyak gambar permandangan di sekitar Pulau Pinang kerana hobi itu adalah saya. Saya juga dapat berdikari kerana wang yang saya bawa hanya RM50 dan hanya menggunakan RM15 sahaja. Tujuan utama kami bukan untuk makan, jadi kami banyak berjimat untuk makan. Kami hanya menggunakan duit untuk makan sekali sahaja, beli ais kepal, air mineral dan sedikit barangan di watsons kerana ketika itu watsons memberi diskaun sempena Tahun Baru Cina.







Terima Kasih ❤

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Assalamualaikum juga kepada Prof. Dr No...