Sunday, January 24, 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

 

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera!

Assalamualaikum juga kepada Prof. Dr Normaliza,



Dalam post yang terakhir ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya sepanjang mengambil dan menghadiri kursus ini. Kursus BBN3402 iaitu subjek Penterjemahan berbantukan komputer. Dengar sahaja nama subjek, dah dapat gambarkan bagaimana susahnya untuk mempelajarinya. Tetapi, dengan gigih, saya mencabar diri saya untuk mencuba dan sekaligus mengumpul pengalaman menggunakan teknologi mesin terjemahan yang semakin canggih. Saya sedar akan kelebihan dan betapa berharganya pengalaman dan ilmu mengenai komputer ini. Oleh sebab itu, saya mendaftar kursus ini pada semester terakhir saya iaitu semester 7 ini.

    Seperti yang semua pelajar di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah maklum, Terdapat seorang pensyarah Linguistik yang sangat tegas dan garang (dengar cerita dari senior-senior). Nama yang tidak asing lagi iaitu Prof. Dr Normaliza Abdul Rahim ialah pensyarah rasmi bagi subjek BBN3402 ini. Waktu nak daftar kursus tu dah rasa cuak, siap buat solat sunat istikharah lagi :) Hehehe. Sebab senior-senior yang pernah buat projek ilmiah dengan prof  pernah cerita betapa tegas dan perfectionist-nya beliau. 

    Selepas berjaya mendaftar subjek ini, saya sentiasa berdoa supaya saya tak akan gagal subjek ini kerana ini merupakan semester terakhir saya sebagai pelajar degree. Takut-takut kalau gagal kang kena repeat semula semester depan.. Hehehhee :) 

    Pada bulan Oktober 2020 yang lalu, tibalah satu hari yang sangat mendebarkan iaitu pada Hari Isnin, pukul 8 pagi. Saya ketika itu telah mula bekerja di sebuah syarikat swasta yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang. Jarak rumah saya dengan tempat kerja hampir satu jam 15 minit. Selepas saya "Punch card" , terus terburu-buru buka aplikasi google meet di telefon bimbit kerana risau terlewat masuk ke kelas Prof. Saya ingat lagi, saya daftar masuk ke aplikasi itu pada pukul 8.02 pagi dan Prof telah pun memulakan kelas. Saya juga telah ketinggalan beberapa point yang Prof telah maklumkan tepat pukul 8 pagi tadi. Betapa takutnya saya masa itu, terus terbeliak mata dan fokus sehingga kelas berakhir 

    Setiap kali selesai kelas secara atas talian tersebut, prof akan berikan tugasan individu dan tugasan berkumpulan. "Due date" nya pula tak seperti yang diharapkan :) Bayangkan pukul 8.30 pagi Prof bagi kerja yang bertimbun itu, sebelum pukul 3 petang dah kena hantar gaisss.. Lagi sekali mata saya terbeliak. Hati berdegup kencang kerana risau tidak dapat submit sebelum masa yang ditetapkan. 

    Minggu pertama sehingga minggu ke-7 merupakan minggu yang paling genting dan sangat-sangat memenatkan kerana semua subjek terdapat esaimen yang due datenya hampir sama. Namun, kerja Prof tak pernah di skip yaaa... Kami sekelas patuh akan arahan. Walaupun kadang-kala mulut kami merungut, tapi satu benda yang paling utama yang kami belajar dalam kelas Prof Dr. Normaliza ialah REDHA. ya Redha ! Kita semua kena redha dengan segala ketentuan ini! Walaupun kita mengeluh,, tangan tetap kena jalan gaisss... Kerana Allah dah janji, "Man jadda, Wa jada" yang bermaksud, siapa yang berusaha, dia akan dapat. 

    Biarlah otak kita letih atau mulut kita merungut, tetapi kerja perlu sistematik dan perlu siap dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Itulah perkara yang berharga yang dipelajari dalam kelas Prof. Ingatlah, segala sesuatu yang berada dalam dunia ini kalau kita nak, kita kena usaha.. Kalau sekadar omong kosong atau merungut saja, pasti kita takkan dapat satu kejayaan pun. 

    Apa yang saya hendak sampaikan sebenarnya ialah kita perlu berdisiplin. Ya, kelas Prof ni mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang berdisiplin! Selain itu juga, saya belajar untuk menhormati orang lain. Bukan sahaja menghormati pelajar lain, tetapi yang paling penting, hormatlah pengajar anda kerana segala ilmu yang beliau curahkan, kita akan guna sehingga mati. Kita akan bawa pahalanya hingga ke syurga kelak. Menapati masa ! 

    Ya, menepati masa. Waktu bermulanya kelas tepat pada pukul 8 pagi setiap hari Isnin. Jadi, bermula pukul 7.55 pagi, pelajar akan mula menghantar "request" untuk join kelas Prof sama ada di aplikasi "Zoom" atau "google meet" kerana tepat pukul 8 pagi, kelas akan terus bermula tanpa menunggu siapa-siapa pun. 

    Itulah apa yang saya pelajari dari kelas BBN3402. Terima kasih atas segala ilmu dan jasa yang telah Prof curahkan pada kami semua. Halalkan makan minum kami yaa :) Eh,, halalkan ilmu kami yaa.. 


    Terima kasih, Prof.


yang menulis, 

Qhuraishah



SENARAI TAJUK BLOG 💣

BBN3402SATU2020:MINGGU1 EXCEL

 

BBN3402SATU2020:MINGGU2 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU2 CERITA SOSIAL

 

BBN3402SATU2020:MINGGU3 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU3 PUISI

 

BBN3402SATU2020:MINGGU4 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU4 ALIM

BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1

 

BBN3402SATU2020:MINGGU5 EXCEL

BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL EDITED

BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL CLEAN

 

BBN3402SATU2020:MINGGU6 PROF DI UK

BBN3402SATU2020:MINGGU6 UJARAN EDITED

BBN3402SATU2020:MINGGU6 UJARAN CLEAN

BBN3402SATU2020:MINGGU6 TESIS

 

BBN3402SATU2020:MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020:MINGGU7 EXCEL

 

BBN3402SATU2020:MINGGU8 BERITA AWANI

BBN3402SATU2020:MINGGU8 TWITTER

BBN3402SATU2020:MINGGU8 TESIS

 

BBN3402SATU2020:MINGGU9 QUOTATION(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU9 CERITA PENDEK

BBN3402SATU2020:MINGGU9 TESIS BAB 1

BBN3402SATU2020:MINGGU9 WACANA

 

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(1)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 QUOTATION(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

 

BBN3402SATU2020:MINGGU11 QUOTATION(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 HURAIAN TESIS

BBN3402SATU2020:MINGGU11 ASAS GRAFIK

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13) 

Sunday, January 10, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS



QHURAISHAH BINTI ZULKIFLE 193777


 Masihkah Kau Ingat?

1.  Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian: Sebuah penulisan tesis hendaklah asli di mana setiap ayat yang ditulis haruslah menggunakan ayat sendiri dan sekiranya mengambil mana-mana ayat daripada artikel atau buku sebagai rujukan hendaklah diolah ayat tersebut menggunakan ayat sendiri dan elakkan menyalin secara terus ayat yang diambil tersebut. 


2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Huraian: Tesis yang dilakukan hendaklah disemak atau diperiksa terlebih dahulu menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal. Hal ini bertujuan bagi memastikan tesis yang dilakukan tidak mempunyai kadar plagiat yang tinggi. 


3.  Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian: Setiap bahan rujukan yang hendak dirujuk hendaklah diambil daripada rujukan yang pertama dan harus mengelakkan daripada banyak mengambil rujukan sekunder. Sebagai contoh, dalam penulisan artikel yang dirujuk ada memetik mana-mana kajian lain, maka sekiranya pelajar atau individu tersebut hendak mengambil kajian yang dipetik dalam penulisan artikel itu, hendaklah dicari dan merujuk kajian yang asal dan bukan hanya merujuk artikel yang memetik kajian itu. 


4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian: Setiap pelajar atau individu yang ingin menjalankan kajian dan melakukan penulisan tesis, pembacaan artikel terkini yang banyak sekurang-kurangnya 50 buah artikel adalah disarankan. Hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar atau individu tersebut lebih memahami tentang kajian yang hendak dijalankan dan secara tidak langsung mampu membantu dalam mencari lompang kajian atau jurang kajian. 


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Huraian: Pelajar atau individu yang ingin menjalankan sebuah kajian, adalah disarankan untuk menghadiri seminar atau persidangan supaya mereka mendapat pelbagai maklumat tentang kajian yang berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. Hal tersebut juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses pelaksanaan kajian yang ingin dilakukan. 


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian: Segala perbincangan yang hendak dilakukan berkaitan penulisan tesis atau pelaksanaan sebuah penyelidikan, pelajar atau individu tersebut hendaklah sentiasa merujuk kepada penyelia atau pakar bidang tersebut dan elakkan berbincang dengan mereka yang bukan pakar dalam bidang kajian yang ingin dilaksanakan. Hal ini kerana bagi mengelakkan berlakunya banyak kesalahan. 


7.  Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian: Penulisan tesis yang dilakukan juga hendaklah menitikberatkan jumlah halaman pada setiap bab bagi mengelakkan berlakunya kekurangan halaman mengikut syarat pelaksanaan penulisan tesis tersebut. Pada Bab 1 jumlah halaman adalah sekitar 10 hingga 12 halaman, Bab 2 sekitar 30 halaman bagi bacelor dan Master, manakala bagi PhD sekitar 50 halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12 halaman, Bab 4 lebih kurang 40 halaman untuk setiap satu objektif kajian, dan pada Bab 5 ialah antara lapan hingga 12 halaman. 


8.  Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian: Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti, dan universiti masing-masing, kebiasaannya keseluruhan tesis mempunyai dalam 80 halaman maksimun bagi bacelor, 81 hingga 150 halaman bagi Master, dan 151 hingga 240 halaman bagi PhD. Berikut adalah salah satu syarat yang harus dipatuhi demi melengkapkan tesis yang dilakukan. 


9.   Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Huraian: Sepanjang tempoh pengajian, adalah disarankan untuk membuat perancangan yang teliti atau membuat jadual. Hal ini adalah kerana, tanpa perancangan yang teliti perkara tersebut mampu memberi kesan kepada pelaksanaan kajian dan penulisan tesis. Sekiranya gagal membuat perancangan yang teliti, maka penulisan tesis dan kajian yang dilakukan juga boleh tergendala atau tidak mampu untuk diselesaikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 




KEHADIRAN MINGGU 11:




BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

 BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)


M11- TERJEMAHAN VIDEO(10)


Teks asal:

Keputusan dan Perbincangan. Analisis Tanpa Jadual - 2 (Bab 4) #JomTulisTesis.

Kita mulakan dengan bab 4, bab 4 bahagian keputusan dan perbincangan. Jadi sebelum ini saya ada jelaskan tentang bab 4 keputusan dan perbincangan dan cara menganalisis data dengan menggunakan jadual. Tapi yang ini kita ada satu lagi cara yang berbeza jadi tajuk yang sama iaitu bab 4 keputusan dan perbincangan. 4.1 kita letak pengenalan seperti juga saya jelaskan sebelum ini semua bab mesti ada pengenalan dan dalam pengenalan bab 4 ini kita cuma jelaskan apa yang terkandung dalam bab ini. Ingat ya kalau kita buat panjang lebar dalam bab pengenalan ini nanti membuatkan seperti macam sorotan kajian la pulak. Jadi dalam pengenalan ini tak perlulah ada rujukan sebab membuat bila kita ada rujukan akhirnya kita akan jadi seperti bukan bab 4. Sebab bab 4 ini kita akan analisis data jadi seterusnya kita masuk ke 4.2 ini biasanya kita akan merujuk kepada objektif kita. Saya beri contoh objektif ni objektif kajian yang tentang wacana tesktur skrip animasi cerita rakyat. Jadi sebenarnya bab 4 ini ataupun penulisan tesis ini tak kiralah sains sosial ke sains ke teknologi ke semuanya hampir sama untuk macam mana kita nak tulis dalam bab 4. Jadi di sini kalau kita tengok di sini objektifnya ialah mengenalpasti wacana tekstur seperti biasa kita akan letak dia punya ayat dalam objektif itu. Jadi wacana tekstual ayat itu tanpa menggunakan perkataan yang awal ini iaitu mengenalpasti atau menganalisis jadi yang ini pastikan jangan letak di sinilah pulak ya sebab kadang kadang pelajar ni pergi letak mengenalpasti wacana tekstual bla bla bla dekat hujung tak perlu. Jadi yang sekarang setelah wacana tekstual tu kita teruskan ke kalau kita tengok teori yang sebelum ini teori yang telah dijelaskan sebelum ini kalau kita tengok ya kita tengok teori analisis wacana dalam ini kita ada kandungan kita bermulakan dengan kandungan tapi sebelum itu sebelum kita nak masukkan data ini wacana tesktual ini kita jelaskan di sini mukadimahlah apa makna menurut Normaliza Abd Rahim wacana tesktual terbahagi kepada 3 elemen bla bla bla teruskan. Kita beri penjelasan supaya pemeriksa akan faham apa yang sepatutnya kita nak analisis. Jadi bila kita masuk kandungan di sini kita kene jelaskan jugalah kena huraikan sedikit apa makna kandungan menurut analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2019).

Kemudian, setelah itu ini berbeza ya dengan sebelum ini iaitu sebelum ini kita menggunakan jadual tapi sebenarnya kita boleh menggunakan cara yang lain. Jadi contohnya, kandungan ini yang kita dapat sebelum ini kita dapat daripada skrip ya yang kita kata skrip 1 hingga skrip 30. Jadi awak dah susun semua skrip tu sampai 30 buat sistem coding kita kod kan dia 1 sehingga 30. Jadi kita fahamlah apa makna ataupun skrip yang kita rujuk sebenarnya. Jadi di sini sekarang ini contohnya dalam kandungan kita ada tema jadi tema itu kita boleh letaklah contoh dalam skrip kita dapati dalam skrip 1 kita letaklah kita punya di tengah-tengah pastikan ia berbeza ini ditengah sebab ayat ni sebelah sini sehingga sebelah sini jadi dia punya bukti kita letak bahagian tengah dan biasanya kita letak dalam italic jadi letak ditengah dan kemudian ni contoh ayat dia yang bukti daripada skrip itu tadi kemudian kita boleh letaklah di bawah ini SK 1 contoh dia daripada skrip nombor satu. Ayat ini menunjukkan yang menunjukkan tema yang terdapat dalam skrip tersebut. Jadi awak boleh susun tema contohnya yang macam saya katakan tema tentang kekeluargaan awak boleh beri lima contoh. Jadi yang kandungan bermakna yang 4.2.1.1 tema contohnya kekeluargaan. Jadi maknanya memang semua skrip ada dalam ni memang ada tema kekeluargaan contoh ataupun hanya 10 je skrip yang tema kekeluargaan. Jadi awak boleh ambik contoh daripada tu 5 contoh ke 10 contoh ke bukti itu terpulang kepada penyelia kata letak semua letaklah semua jadi letakkan ditengah-tengah tuliskan skrip SK dia punya coding SK1. Jadi kita tahulah bahawa  keseluruhan data ini data yang kita letak bukti ini merupakan mempunyai tema kekeluargaan jadi setelah letak SK1 kekeluargaan jadi buat huraian disini. Jadi maknanya sekarang SK1 di atas okey hurai-hurai apa dia apa tema kekeluargaan bukti tu dah ada dekat sini jadi kita huraikan daripada bukti itu dan juga di sini setelah awak buat huraian sini dan bukti sini awak boleh terus boleh buat sokong jadi awak boleh buat sokongan daripada kajian daripada bab 2 jadi bukti dari tema tu okey kajian ini ataupun bukti tema kekeluargaan ini disokong oleh sapa-sapa yang awak ambik daripada bab 2. Sokong ni juga macam ingat ya kajian daripada lima tahun kebelakang jangan nak kena ambil dari tahun 1980an pula kan tak perlu jadi yang ini. Seterusnya, setelah dah buat huraian daripada ni masuk lagi benda yang sama SK15 contoh dia ha jadi kemudian terus buat huaraian.  Jadi yang ini tidak ada dalam bentuk jadual tetapi berbezanya ialah kita letak data yang kita dapat letakkan ditengah-tengah pastikan yang ini awak kena pastikan dia sama dan juga bila letak bawah ini juga sama dia punya line dia. Kemudian huraian dia lebih kurang sama satu perenggan atau dua perenggan. Ini baru satu tema dan seterusnya kalau awak nak buat kalau pensyarah kata okey buat saya nak awak buat 5 tema atau pun tiga tema terpulang kepada pelajar yang dia dapati daripada skrip ini ada berapa tema yang menyerlah yang awak dapati. Tapi jangan tinggalkan pula nanti karang tiba-tiba pemeriksa kata eh saya dapati skrip 18 ini memang ada tema sekian sekian sekian. Tapi awak tak jelas pun dalam ini. Ha yang ini awak kene bersedialah sebab itu awak kene pastikan dulu berapa tema dan juga kalau awak rasa tema itu awak nak buat 3 sahaja atau 5 sahaja pastikan awak letak dalam batasan kajian bahawa awak cuma analisis 5 tema  sahaja dan beri justifikasi mengapa pilih lima ha kalau taka da justifikasi memang tak boleh jadi maknanya awak kena letak semua tema yang terdapat dalam skrip ini. Jadi yang ini ingat ya lagi sekali berbeza huraian dia seperti biasa apabila kita buat apa nama dia huraian dalam bab 4 ini kita perlu pastikan bahawa kita ada penanda wacana. Penanda wacana ni penting supaya kelihatan seperti penulisan akademik ya. Yang kedua macam sebelum ini setelah kita dah hurai objektif satu kemudian pastikan kita ada kita punya 4.2.3 contohnya sebab 4.2.2 merupakan yang konteks jadi kalau 4.2.3 rumusan. Seperti biasa rumusan ini walaupun dalam ini kita dah ada sokongan tiap-tiap satu kita dah buat sokongan boleh juga satu cara yang mana yang ini kita buat saja huraian dah habis huraian kita letak dalam rumusan kita rumus apa yang ada dalam objektif satu dan di sini kita boleh letak dan kita boleh sokong kajian dalam bab 2  dan juga kita sokong teori.

Ha itu ada dua cara. Ha jadi satu cara tadi kita letak sokong dalam setiap huraian analisis terhadap yang kita punya data dan terus sokong ha kajian-kajian yang lepas dan juga sokong teori. Kedua kita boleh letak kesemua dalam rumusan dan kemudian kita rumuskan apa keputusan kajian kita dekat sini dan kita terus sokong dengan kajian lima tahun kebelakang dalam bab 2 dan juga sokong teori. Rumusan ini biasa dia tak perlu banyak sebab kalau kita dah banyak kita dah macam seperti salin balik apa yang kita dah tulis dalam bab 4 tak mahulah macam itu. Jadi kita kena rumuskan apa keputusan dari segi kandungan, apa tema yang ada kemudian kita buat rumusan untuk konteks apa dia apa dia , dia punya rumus yang makna ringkaslah rumusan ni kemudian kita terus sokong dengan teori iaitu maknanya kita tulis dekat sini rumusan kita buat sokongan ha okey ayat tu seperti biasa yang macam saya kata kajian ini selari hampir sama ataupun kajian ini menyokong ataupun adalah awak nak letak perkataan apa nama negatif contohnya kajian ini didapati namun ia berbeza dengan dapatan kajian daripada kajian orang sekian sekian sekian jadi boleh juga. Jadi maknanya ada dalam rumusan ini ada kita akan dapat lebih kurang 4 5 nama ha daripada kajian yang dalam bab2 itu. Itu yang menyebabkan kita kena kaji kajian ini lebih berkualiti dan juga memang kita merujuk kepada apa yang terdapat dalam bab 2 itu amat penting. Jadi penanda wacana, rumusan dan juga yang ketiga apabila kita membuat analisis pastikan analisis kita mempunyai data yang lengkap. Kalau data tu tak cukup maknanya memang pemeriksa akan eh ni kenapa awak ada bagi 5 contoh je mana pergi contoh yang lain walaupun memang awak  letak semua data-data ni yang ini skrip ini awak dah letak dekat belakang walaupun ha dah letak dekat belakang tapi pemeriksa akan baca eh ni saya dapati bahawa ada ni kenapa awak tak letak dalam ni  bersedialah dengan jawapan. Jadi yang ini tentang macam mana nak coding data nanti saya akan masuk dalam video lain tetapi ini secara ringkas sahaja ya. Jadi maknanya pastikan semua bukti terdapat dalam bab4 ini supaya tiada lagi persoalan tentang mana pergi data tu mana  ni kenapa awak tak masukkan awak tak masuk pun dalam batasan kajian ha jadi awak tak bataskan. Bila tak bataskan sepatutnya data ada dalam ni. Jadi bersedia dengan jawapan dan serupa juga analisis untuk objektif kedua sama juga cara dia ini. Jadi awak boleh letak masukkan dia ke dalam buktinya dan seterusnya huraian tiap-tiap satu. Huraian tak bolehlah ringkas sangat sebab ini kita punya bab dan juga ada juga pelajar dia buat cara begini objekti satu dia buat cara begini masukkan data dekat tengah makna taka da dalam bentuk jadual lah masuk dekat tengah.

Kemudian, objektif kedua dia buat dalam jadual boleh bermakna kita nampak perbezaan dia antara objektif satu dalam bentuk ini objektif kedua dia buat dalam bentuk kajian boleh juga. Pokoknya sekarang terpulang kepada pelajar, pelajar rasa ini akan membolehkan pemeriksa faham dengan mudah ataupun macam contoh penyelia kata eh awak letak macam nilah terpulang. Ha jadi terpulang kepada pelajar dan juga penyelia awak sendiri jadi saya rasa ini yang lain itu hampir sama dengan macam mana kita nak buat analisis kajian. Jadi ingat ya macam saya kata kalau misalnya dalam bab 4 untuk analisis bab 1 40 halaman bab2 40 halaman ini untuk master kalau dia buat dua objektif ataupun pelajar bacelor ataupun pelajar diploma tetapi kalau misalannya pelajar phd pelajar master yang memang pensyarahnya atau penyelianya suruh buat tiga objektif tamabah lagi satu ingat ya ini minima 40 40 40 halaman jadi kalau misalannya awak rasa awak nak lebih sikit tapi pastikan ia seimbang sama ya seperti ini menunjukkan kepentingan bagi setiap objektif macam saya ulang sebelum ini  ya. Kalau tiba contoh buat ini 20 halaman ini 50 halaman tiba-tiba yang objektif tiga alah 5 je lah halaman tak boleh. Sebab ini menunjukkan tiada kepentingan untuk objektif 3 dan kurang kepentingan bagi objektif satu objektif dua ni macam terlebih-lebih pentingnya jadi menunjukkan awak punya kajian ini cara awak nak analisis itu tidak mencukupi jadi ini tidak boleh langsung pastikan ia sekata ataupun seimbang kalau misalnya awak nak lebih ini 41 ini 38 ini 43 bolehlah diterima hampir sama tapi tak boleh terlalu ketara seperti ini dan juga bayangkan kita pelajar contoh pelajar master phd tak bolehlah terlalu sikit ha saya jumpa ada juga saya jumpa sebagai pemeriksa dia punya objektif satu dia ada cuma 20 okey tiba-tiba objektif dua ada 2 objektif tiga ada 1 sebab dia kata nak menyenaraikan sahaja tak boleh ya tak boleh.

Ini dah tahap master phd mana boleh huraian bab 4 ada banyak ni sahaja tapi kita bila tengok tesis itu tebal mana datangnya tebal kita sangkakan mestilah bab 4 rupa-rupanya yang dia banyak dalam bab 3 tak tahu kenapa sampai bab 3 sampai banyak sedangkan bab 3 sepatutnya lebih kurang 8 hingga 10 halaman sahaja yang ini bab 4 ini penting yang ini menunjukkan kita punya kajian selama-lama bertahun-tahun belajar ini yang kita dapat inilah yang kita bukti yang kita dapat sebab itu kajian kita. Kajian kita berbeza dengan semua orang kajian dalam satu dunia ni. Sebab itu kita kena bangga bahawa dalam keputusan perbincangan kita dalam bab 4 ini kita ada halaman yang sebanyak ini. Ingat ya minima minima minima. Jadi kalau nak beza sedikit boleh tetapi ketara tidak boleh sebab kita nak pastikan bahawa bab 4 ini penting. Inilah yang menunjukkan keputusan kajian kita. Jadi ini perlu ambik kira penanda wacana perlu ambik kira rumusan perlu ada sokongan perlu ada dari kajian dalam bab 2 mesti kita ambik daripada lima tahun kebelakang dan mesti ada kaitanlah tiba-tiba janganlah kita sokongnya tapi tengok nila kita rujuk  balik dia ada langsung dia punya kaitan diantara kajian itu dengan kajian ini ha nak juga bukti kitalah bukti kita  yang betul-betul letak ini memang betul-betul bukti ini dan mencukupi bukti kita ya. 

 

Terjemahan:

Results and Discussions. Annual Analysis - 2 (Chapter 4)#Let’sWriteaThesis

We begin with chapter 4, chapter 4 of the decision and discussion section. So before this I have explained about chapter 4 results and discussion and how to analyze the data using tables. But this one we have another different way so the same title which is chapter 4 results and discussion. 4.1 we put the introduction as I explained before all the chapters must have an introduction and in the introduction of this chapter 4 we just explain what is contained in this chapter. Remember, if we do at length in this introductory chapter, it will make it look like a study highlight. So in this introduction there is no need for a reference because make when we have a reference we finally will be like not chapter 4. Because this chapter 4 we will analyze the data so next we go into 4.2 this usually we will refer to our objectives. I give an example of this objective, the objective of the study which is about the texture discourse of the animated script of folklore. So in fact this chapter 4 or the writing of this thesis regardless of social science to science to technology to everything is almost the same for how we want to write in chapter 4. So here if we look here the objective is to identify the textual discourse as usual we will place it have a sentence in that objective. So the textual discourse of the sentence without using this initial word is to identify or analyze so this one make sure not to place it here because sometimes this student goes to identify the textual discourse blah blah blah near the unnecessary end. So now after the textual discourse we continue to if we look at the theory that was previously the theory that has been explained before if we look yes we look at the theory of discourse analysis in this we have our content starting with the content but before that before we want to enter this data this textual discourse we explain here the preface what is the meaning according to Normaliza Abd Rahim the textual discourse is divided into 3 elements blah blah blah continue. We give an explanation so that the examiner will understand what we should want to analyze. So when we enter the content here we here explain also have to explain a little what the meaning of the content according to the analysis of discourse Normaliza Abd Rahim (2019).

Then, after that this is different from before that we used the table before but in fact we can use another way. So for example, this content that we got before we got from the script yes we say script 1 to script 30. So you have arranged all the scripts up to 30 for our coding system coded it 1 to 30. So we understand what it means or the script we are actually referring to. So here right now for example in our content there is a theme so that theme we can put an example in the script we find in script 1 we put we have in the middle make sure it is different this is in the middle because this sentence is here to this side so he has proof we put the middle part and usually we put it in italic so put it in the middle and then here is an example of his sentence which is proof from the script earlier then we can put below SK 1 an example of him from script number one. This sentence shows that shows the theme found in the script. So you can arrange a theme for example like I said a theme about family you can give five examples. So that content means that 4.2.1.1 theme for example family. So it means that all the scripts in this have an example family theme or only 10 scripts that have a family theme. So you can take an example from that 5 examples to 10 examples to the proof is up to the supervisor of the word placement all put everything so put it in the middle write the script SK he has coding SK1. So we know that all this data the data that we put this evidence is has a family theme so after placing SK1 family so make a description here. So the meaning is now SK1 above okay explain what he is what the family theme of the evidence is already near here so we explain from the evidence and also here after you make a description here and the evidence here you can continue to make support so you can make support from the study from chapter 2 so the proof from the theme is okay with this study or the proof of this family theme is supported by whoever you take from chapter 2. Support this also like remember yes study from the last five years do not want to take from the 1980s right? There is no need for this one. Next, after making a description of this, enter the same thing SK15 for example, he ha so then continue to make a description. So this one is not in tabular form but the difference is that we put the data that we can put in the middle make sure that this one you have to make sure he is the same and also when you put it below it is also the same he has his line. Then his description is more or less the same as a paragraph or two paragraphs. This is just a theme and then if you want to make it if the lecturer says okay for me I want you to make 5 themes or even three themes depending on the student he finds from this script there are many outstanding themes that you find. But do not leave it later, coral, suddenly the examiner said, eh, I found that this 18 script has a theme so much. But you are not even clear in this. Ha, you are here, be prepared, that is why you are here, first make sure how many themes and also if you think the theme you want to make only 3 or 5 only, make sure you put in the limitations of the study that you only analyze 5 themes and justify why choose five ha if taka da justification can not really mean you have to put all the themes in this script. So this one remembers yes once again his description is different as usual when we make what his name is the description in this chapter 4 we need to make sure that we have a discourse marker. This discourse marker is important to look like academic writing yes. The second is like before after we have explained the objective one then make sure we have 4.2.3 for example because 4.2.2 is the context so if 4.2.3 formulation. As usual, this formula, even though in this we already have the support of each one, we have made support, it can also be a way in which this we just do the description, we have finished the description, we put in the formula, we formulate what is in objective one and here we are can be placed and we can support the study in chapter 2 and also we support theory.

Ha there are two ways. Ha so one way we put support in every description of the analysis on which we have data and continue to support ha previous studies and also support theory. Second we can put it all in a summary and then we formulate what our research results are near here and we continue to support the study of the last five years in chapter 2 and also support the theory. This formula is normal, he does not need much because if we have a lot, we are like copying what we have written in chapter 4, we do not want that. So we have to formulate what the decision is in terms of content, what theme is there then we make a formula for the context of what he is, he has a formula whose meaning is simple this formulation then we continue to support the theory that means we write near here our formulation for support ha okey sentence tu as usual as I said this study is almost the same parallel or this study supports or is you want to put a word what is a negative name for example this study is found but it is different from the findings of the study from the study of so many people so it is also possible. So the meaning is in this formula there we will get about 4 5 ha names from the study in the chapter 2. That is why we have to study this study to be of better quality and also indeed we refer to what is found in chapter 2 is very important. So the discourse markers, summaries and even the third when we make an analysis make sure our analysis has complete data. If the data is not enough, it means that the examiner will do this, eh, why do you have 5 examples where to go to another example, even though you did put all this data, this script you have placed near the back, even though it is located near the back, but the examiner will read eh ni I found that there is ni why you do not put in ni be prepared with the answer. So this is about how to coding data later I will go into another video but this is just a brief yes. So it means make sure all the evidence is in this chapter 4 so that there is no more question about where the data went, why did you not include you, you did not even enter the study limit ha so you did not limit. If there is no limit, the data should be in this. So be prepared with answers and similar is the analysis for the second objective the same way he is. So you can put him in the proof and then the description of each one. The description should not be very simple because this is why we have a chapter and there are also students who do it this way.

Then, the second objective he made in the table can mean we see the difference he between the first objective in this form the second objective he made in the form of study can also. The point is now up to the students, students feel this will allow the examiner to understand easily or like the example of the supervisor said eh you put it like nilah is up to you. So it's up to the students and also your own supervisor so I think this other one is almost the same as how we want to do the analysis of the study. So remember yes like I said if for example in chapter 4 for the analysis of chapter 1 40 pages chapter 2 40 pages for the master if he makes two objectives or bachelor student or diploma student but if for example phd student master student who is his lecturer or supervisor told to make three objectives tamabah again one remember yes this is a minimum of 40 40 40 pages so if for example you think you want a little more but make sure it is equally balanced yes like this shows the importance for each objective like I repeated before yes. If there is an example for this 20 pages, 50 pages suddenly the objective of three allergies is 5 pages. This reason shows no importance for objective 3 and less importance for objective one objective two is more important so it shows you have this study the way you want the analysis is not enough so this can not directly ensure it is even or balanced if for example you want more this 41 this 38 this 43 can be accepted almost the same but can not be too obvious like this and also imagine us students example master phd students can not be too little ha I found there is also I found as an examiner he has one objective he has only 20 okay arrive- arrive objective two there are 2 objectives three there is 1 cause he said want to list only can not yes can not.

This is the level of master phd where can the description of chapter 4 have a lot of this only but we when looking at the thesis is thick where it comes thick we think it must be chapter 4 apparently he has a lot in chapter 3 do not know why up to chapter 3 to much while chapter 3 should about 8 to 10 pages only this chapter 4 is important this this shows we have a study for many years of this study that we get this is what we proof that we get that is why our study. Our study is different from everyone else's study in this one world. That is why we should be proud that in the results of our discussion in this chapter 4 we have this much page. Remember to say the least. So if you want to be a little different, you can, but obviously not, because we want to make sure that chapter 4 is important. This shows the results of our study. So this needs to take into account the discourse markers need to take into account the formulation needs to have support needs to be from the study in chapter 2 we must take from the last five years and there must be a connection suddenly we do not support it but look at the nila we refer back he has a direct connection between the study and this study ha want also the proof we are the evidence that we really put this is really this evidence and enough evidence we yes.

 

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2020). Keputusan dan Perbincangan. Analisis Tanpa Jadual - 2 (Bab 4) #JomTulisTesis. Dicapai pada 9 Januari 2021 daripada https://www.youtube.com/watch?v=wYCr_4bKfxM



KEHADIRAN MINGGU 11:

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)

 BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)


M11- TERJEMAHAN VIDEO(13)


KESIMPULAN (BAB 5 )#JomTulisTesis                                 

Kita akan mula membincangkan tentang penulisan dalam bab 5 ya. Dalam bab 5 ini, kita sebenarnya mempunyai, kalau kita lihat dalam buku ini, kita mempunyai lebih kurang enam subtopik. Kalau kita lihat enam subtopik ini, kita mulakan 6.1 iaitu pengenalan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, dalam semua bab mesti ada pengenalan dan juga kesimpulan. Namun, bab 5 kesimpulan digantikan dengan penutup. Jadi, pengenalan bab ini kita macam menghuraikan apa yang yang terkandung dalam bab 5 ini. Seterusnya, kita akan membincangkan tentang rumusan. Bahagian rumusan ini, sebenarnya kita tengok berapa jumlah objektif kita. Sekarang ini kita ada dua objektif. Jadi, dalam rumusan maknanya, kita akan membincangkan dalam dua perenggan sahaja. Tidak perlu banyak perenggan. Sebab rumusan ini kita sudah bincangkan dalam bab 4. Jadi, tidak perlu panjang lebar. Jadi, kita mempunyai perenggan 1, perenggan 2. Jadi, maknanya sekarang kita rumuskan tentang menganalisis wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu. Letak dalam satu perenggan. Kemudian, kesan menganalisis wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu dan kalangan pelajar sekolah rendah dalam perenggan kedua. Jadi, ingat ya, dalam rumusan ini kita tidak perlu lagi nak tulis tentang apa data yang kita dapat, berapa orang sampel, apa semua tu. Kita cuma letak apakah keputusan kajian tapi dengan cara rumusan. Maknanya secara ringkas sahaja. Namun, jika kajian kita berbentuk kualitatif, maknanya dalam rumusan ini letaklah data keputusan itu sahaja. Jadi, bukanlah data awal yang kita peroleh, tetapi data keputusan akhir sahaja. Iaitu kita boleh letak dalam penomboran. Jadi dalam rumusan ini, ingat ya, ringkas dan rumusan ini tidak boleh sama dengan rumusan dalam bab 4. Tidak boleh sama. Kena berhati-hati di situ ya. Seterusnya kita masuk  kepada implikasi. Implikasi ini ialah apakah implikasi kajian ini. Tentang keputusan kajian, yang awak dapat peroleh ini. Apakah implikasi dia. Memberi manfaat kepada siapa. Jadi, awak kena senaraikan dalam bentuk perenggan juga. Jadi, pastikan bahawa implikasi ini agak berbeza dengan apa yang awak tulis dalam kepentingan kajian. Jadi, yang inilah kita lebih terperinci lagi. Contohnya, kalau kita nampak kepentingan kajian itu dalam kalangan masyarakat keseluruhannya. Jadi, dalam implikasi itu siapa. Golongan pelajar sekolah rendah sahaja ke, pelajar istimewa ke, pelajar sekolah. Jadi, kita perincikan dengan lebih teliti.  Kemudian, kita masuk 5.4 ya. 5.4 ini kebaharuan. Okay, ini perkara yang baharu ya. Perkara yang baru. Biasanya tesis jarang kita dapat lihat tentang subtopik ini. Tetapi kita perlu wujudkan subtopik ini kebaharuan. Apa kebaharuan ini. Dalam bahasa Inggeris ialah novelty. Jadi novelty ini penting ya. Di mana kita akan menunjukkan apa perkara baru yang kita peroleh, yang kita dapat setelah kita lakukan kajian, kita dapat keputusan kajian. Apa kebaharuannya. Kalau kita lihat dalam kita punya kajian ini, di sini contohnya. Jadi contohnya dalam animasi. Dalam animasi Cerita Rakyat Melayu ini, ia diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. contohnya, diterbit tahun 2020. Baru sahaja diterbitkan, maknanya tak ada siapa yang boleh buat kajian. Jadi, awaklah orang pertama yang buat kajian ini. Dan juga contohnya sekarang, skrip animasi ini memang lah perkara baru. Skrip animasi ini diberi pendapat oleh pelajar sekolah tentang pandangan dia tentang skrip animasi. Perkara baru juga. Jadi, perlu dihuraikan dalam satu perenggan sahaja tentang apakah pembaharuan yang terdapat dalam kajian awak ini. Jadi, huraikan dalam satu perenggan ya! Tentang skrip animasi itu dan juga tentang kesan dia, bagaimana pelajar sekolah rendah dapat memberi pendapat tentang skrip tersebut. Okay, 5.5 ialah cadangan. Ini cadangan biasanya terkadang pelajar dia buat silap ya dia buat salah sikit jadi yang ini awak boleh buat dalam bentuk subtopik. Jangan letak macam contoh ada pelajar dia pergi letak perkataan subtajuk dia metodologi kemudian dihuraikan dia angkat ke bawah dia cadangkan dari segi metodologi ubah. Ini tidak jelas ya. Jadi apa perlu awak buat jangan letak yang macam ni. Awak kena cadangkan tajuk dia jadi kalau contohnya ini kajian ini wacana tekstual animasi cerita rakyat okey, jadi awak boleh cadangkan ya dalam siri animasi cerita rakyat ni ini juga mengandungi lirik lagu ataupun lagu cerita rakyat jadi awak boleh cadangkan kajian tentang lirik lagu animasi cerita rakyat jadi bawah ni awak perlu buat huraian-huraian tentang apa yang dimaksudkan yang ini okey barulah ini awak cadangan awak lebih fokus daripada awak letak satu perkataan sahaja itu tidak berfokus. Jadi itu baru satu kemudian 5.5.2 awak cadangkan yang lain lagi. Mungkin daripada skrip animasi cerita rakyat tu awak boleh buat maknanya cadangan kajian kepada kanak-kanak yang berumur 7 tahun untuk mengenalpasti kata kerja ataupun kata adjektif dalam skrip animasi cerita rakyat itu bendanya kita letak seluruh ayat tu kene beri huraian apa dia macam mana kajian itu dijalankan. Okey yang untuk cadangan ini kita letak minima 3 okey dan maksimum kita letak 5 kerana kadang-kadang ada pelajar letak 1 sahaja. Jadi 1 sahaja menunjukkan bahawa kajian awak yang sebelum ini taklah berapa penting dan sampai tak ada kajian lagi yang boleh kajian lanjutan yang kita boleh cadangkan. Jadi lebih baik kita letak minima 3 seperti yang saya kata yang saya ulang tadi letakkan tajuk jangan letak perkataan dan kemudian berikan huraian.

 

Terjemahan

CONCLUSION (CHAPTER 5) #Let’sWriteaThesis

We will start discussing the writing in chapter 5 yes. In chapter 5, we actually have, if we see in this book, we have approximately six subtopics. If we see these six subtopics, we start 6.1 which is the introduction. As I said before, in all chapters there must be introductions as well as conclusions. However, chapter 5 conclusions are replaced by cover. So, the introduction of this chapter we describe what is contained in this chapter 5. Next, we will talk about the formulation. This part of the formulation, in fact we see how much our objectives are. Now we have two objectives. So, in the formulation of its meaning, we will discuss in two paragraphs only. There doesn't have to be a lot of paragraphs. The reason for this formula we are already discussing in chapter 4. So, there is no need for length to width. So, we have paragraph 1, paragraph 2. So, meaning now we summarize analyzing the textual discourse of the animated script of the Malay folk story. Place in a paragraph. Later, the effect of analyzing the textual discourse of the animated script of the Malay people's story and among primary school students in the second paragraph. So, remember yes, in this formula we no longer need to write about what data we get, how many people sample, what all that. We just put what are the results of the study but in a summary manner. The meaning is brief only. However, if our study is qualitative in shape, its meaning in this formula puts the data on that decision alone. So, it's not the initial data we get, but the final results data alone. That is, we can put it in numbering. So, in this formulation, remember yes, this brief and formula cannot be the same as the formulation in chapter 4. Cannot be the same. Be careful there yes. Next, we get into the implications. The implication is what are the implications of this study. As for the results of the study, you can get this. What are the implications of it. Benefit for. So, you should list in the form of paragraphs as well. So, make sure that these implications are quite different to what you wrote in the importance of the study. So, this one is what we are more detailed about. For example, if we see the importance of the study among the community as a whole. So, in that implication of who. Primary school students only to, special students to, schoolchildren. So, we detail more carefully.  Then, we get in 5.4 yes. 5.4, this is conspire. Okay, it's a new thing yes. New thing. Usually the thesis is rare we can see about this subtopic. But we need to create this subtopic of happiness. What this happiness is. In English is a novelty. So, this novelty is important yes. Where we are going to show what new things we get, which we get after we do the study, we get the results of the study. What a renewal. If we see it in we have this review, here for example. So, for example in animation. In this Cerita Rakyat Melayu's animation, it was published by Dewan Bahasa dan Pustaka. for example, it has been published in 2020. It has just been published, meaning that, there's no one can do research. So, you are the first person to do this research. And also for example, this animated script is indeed a new thing. This animated script was given an opinion by the school student about his views on the animated script. This is the new thing too. So, it is necessary to describe in only one paragraph about what innovations are found in this study of yours. So, just explain in one paragraph! About the animated script and also about the effect on him, how primary school students can give an opinion about the script. Okay, in 5.5 it is a  suggestion. This is a suggestion that sometimes students make mistakes he did a little wrong so this one you can do in subtopic form. Do not put as an example there is a student he went to put the word subtitle he methodology then described he lift down he suggested in terms of methodology change. This is not clear. So what you need to do is not put something like this. You have to suggest the title so if for example this study is textual discourse animated folklore okay, so you can suggest yes in this animated series of folklore also contains song lyrics or folklore songs so you can suggest a study on the lyrics of folklore animated songs so Below you need to make a description of what this means okay then this is your suggestion you are more focused than you put one word alone it is not focused. So that's just one then 5.5.2 you suggest another one. Maybe from the animated script of the folklore you can make the meaning of the study proposal to 7-year-old children to identify the verbs or adjectives in the animated script of the folklore is the thing we put the whole sentence here to give a description of what the study was conducted . Okay, for this proposal we put a minimum of 3 okay and a maximum of 5 we put because sometimes there are students who put only 1. So only 1 shows that your previous study is not as important and until there is no further study that can be further research that we can suggest. So we better put a minimum of 3 as I said I repeated earlier put the title do not put the word and then give a description.

 

RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2020). Kesimpulan (Bab 5) #JomTulisTesis. Dicapai pada 9 Januari 2021 daripada https://www.youtube.com/watch?v=KRrs_--kW8w&t=422s




KEHADIRAN MINGGU 11:




BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Assalamualaikum juga kepada Prof. Dr No...