Friday, December 18, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

 BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM


Alim merupakan anak bongsu Prof. Normaliza yang dibesarkan di UK. Setelah Prof. Normaliza menamatkan pelajarannya di UK, Alim pun pulang ke Malaysia. Alim tidak berapa fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Alim bercita-cita untuk menjadi seorang ahli psikologi. Nasihat ibunya, jika ingin menjadi seorang ahli psikologi, Alim perlu menjadi pendengar yang baik dahulu.


Pada suatu hari, ibu Alim menyuruhnya ke pejabat pos untuk membeli setem dan mengepos surat. Alim menelofon ibunya dan memberitahu bahawa harga setem ke luar negara berharga RM20. 

Setelah membeli setem tersebut, Alim pun menghantar gambar setem tersebut pada ibunya. Dia mendapat arahan untuk melekatkan setem tersebut di surat yang ingin dihantar. Alim cuba untuk mengoyak belakang setem tersebut kerana dia berfikiran bahawa setem adalah sama seperti pelekat yang perlu dikoyak dahulu belakangnya sebelum dilekat. 

Alim baru tahu yang sebenarnya setem hanya perlu dijilat atau diletak air sahaja tanpa perlu mengoyak belakangnya.



KEHADIRAN MINGGU 4:



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Assalamualaikum juga kepada Prof. Dr No...