Friday, May 24, 2019

Kehidupan 🌻🌻❤

KEHIDUPAN



Dari jendela kamar,
Aku melihat sebuah padang,
Padang yang layu pada waktu pagi,
Tengah hari tiada siapa mahu hampiri,

Tapi,
Apabila tiba waktu sore,
Ramai kian berkunjung,
Ada yang berkeluarga, Ada yang sendiri sahaja,
Rumputnya yang kuning dek terkena sinaran mentari tadi,
Terus bangkit menghijau,
Seakan gembira dengan kunjungan manusia,
Padang yang luas,
Dipenuhi manusia,
Ada yang berjalan, Ada yang berlari,
Ada juga yang menjamu selera,

Bila malam tiba,
Padang kian sunyi,
Rumputnya seakan tidur,
Tenang tanpa gangguan.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

  BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera! Assalamualaikum juga kepada Prof. Dr No...